Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 14 Ogos 2018
Versi 8.1.0
Pengeluaran MakananPengeluaran Makanan

Sebagai tindak balas kepada kerajaan mengenai dasar pengeluaran makanan, PELITA telah memulakan beberapa inisiatif ke arah mencapai objektif ini. Beberapa projek termasuk estet padi, projek akuakultur dan perkebunan komersial telah dilaksanakan. Penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam projek-projek ini adalah sama ada menerusi usaha sama atau pajakan langsung tanah pertanian.

Pada masa ini projek pertanian di Kuala Baram, Miri sejak 2007 hingga kini meliputi kawasan seluas 132 hektar. Kawasan yang tersebut ditanam dengan sayur-sayuran , pisang dan nanas.

Manakala projek-projek akuakultur yang terletak di Loba Stoh , Rambungan meliputi kawasan seluas 184 hektar. Kawasan yang ini sedang dipajak kepada sektor swasta untuk ternakan ikan serta udang dalam kolam.