Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Feb 2018
Versi 8.0.3
Soalan LazimSoalan Lazim

1. Konsep Baru Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera

S: Apakah konsep baru pembangunan tanah HAB?
J: Kerjasama antara para pemilik tanah HAB (yang mempunyai tanah) dengan pihak swasta (yang mempunyai modal dan kepakaran) untuk membangunkan tanah HAB bagi tujuan perladangan secara komersil. Kerajaan akan melantik agensinya untuk bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi pihak para pemilik tanah.

S: Bagaimana?
J: Semua hak dan kepentingan para pemilik tanah HAB akan digabung menjadi satu membentuk Bank Tanah HAB. TANAH YANG DISATUKAN ini akan diberikan SATU geran tunggal atas nama JVC, bukannya geran berasingan untuk setiap pemilik tanah secara individu. Sebagai bayaran untuk penggunaan tanah-tanah mereka. Para pemilik tanah HAB yang terlibat akan diberi, secara kolektif 30% ekuiti dalam syarikat.

S: Mengapa geran tanah dikeluarkan (diberikan) atas nama syarikat, tidak atas nama pemilik tanah HAB?

J: Sebarang usaha pembangunan tidak akan berjaya tanpa perancangan dan pelaksanaan yang sistematik. Tentunya para pelabur tidak akan melabur (barang satu sen pun) dalam tanah yang mereka tidak mempunyai apa-apa jaminan (securiti) dan yang tidak mendatangkan pulangan yang munasabah. Kaedah yang dirangka ini akan memberikan hak mutlak kepada syarikat yang mengendalikan projek bagi menguruskannya TANPA campurtangan (gangguan) para pemilik tanah HAB dalam masa 60 tahun. Walau bagaimanapun, segala hak dan kepentingan para pemilik tanah HAB akan dipelihara (dilindungi) oleh agensi yang dilantik kerajaan sebagai Pemegang Amanah. Ini semata-mata untuk menjamin pembangunan komersil yang teratur dan serentak dengan itu memberikan faedah kepada para pemilik tanah HAB dalam bentuk dividen dan peluang pekerjaan.

2. Pembahagian syer atau kepentingan dalam tanah

S: Bagaimanakah kami mengetahui pembahagian syer atau kepentingan pada tanah yang berkaitan?
J: Semua hak dan kepentingan pemilik-pemilik Tanah HAB akan digabungkan menjadi satu kelompok tanah yang akan direkodkan dalam Surat Ikatan dan ditandatangani oleh Kerajaan Negeri, Pemilik-pemilik Tanah HAB dan Pemegang Amanah.

S: Bagaimana anda mengenal pasti syer atau kepentingan individu kami dalam satu surat hak milik tanah?
J: Syer atau kepentingan individu anda akan dikenalpasti seperti berikut:
Dengan jumlah kelompok dan anggaran keluasan tanah yang dimilikki.
Dengan menggunakan perkiraan yang munasabah. (Conton: Gantang, pasu benih padi digunakan untuk penuaian padi biasa)
Menggaitkan kawasan kepada ukuran perimeter bagi membolehkan surat milik tanah dikeluarkan.

3. Tempoh untuk dokumen Hak Milik

S: Berapa tempoh dokumen hak milik?
J: Enam puluh (60) tahun.

S: Mengapa tempoh enam puluh dan bukannya tempoh yang lebih singkat seperti 30 tahun?
J: Ini membolehkan kelapa sawit yang mempunyai dua musim yang musim pertama mengambil tempoh sekurang-kurangnya 25 tahun.

S: Selepas tamat tempoh 60 tahun, bolehkah tanah tersebut dikeluarkan hakmilik secara langsung kepada kami?
J: Selepas tamah tempoh 60 tahun, dengan persetujuan majoriti pemilik tanah HAB, tanah tersebut mungkin dikeluarkan hakmilik kepada:
(a) Semua pemilik tanah HAB dengan nama-nama yang disatukan sebagai pemilik bersama berdaftar atau
(b) Kepada syarikat atau syarikat lain atau entiti dengan persetujuan pemilik tanah HAB.
(c) Kepada pemilik tanah HAB atau penama persendirian selepas dibahagi.

S: Memandangakan tidak ada sukatan persendirian, bagaimana kami mengetahui lokasi sebenar tanah kami?
J: Dalam keadaan majoriti pemilik tanah HAB berkehendakkan pembahagian dan pengeluaran tanah kepada mereka secara individu, pemegang amanah berkuasa untuk membuat pengukuran tanah dan menentukan pembahagian tanah yang paling munasabah dan adil dengan mengambilkira kepentingan pemilik tanah HAB ke atas tanah seperti tercetak dalam SURAT IKATAN AMANAH. Memandang keseluruhan kawasan tanah sudah dibangunkan menjadi ladang yang besar sama ada setiap pemilik tanah mendapat kembali plot asal tanah HAB pada tamah tempoh pajakan selama 60 tahun tidak lagi berkaitan.