Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 22 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Pembangunan LadangPembangunan Ladang

Bahagian Perniagaan Asas Tani PELITA menjalankan aktiviti-aktiviti berikut, iaitu pembangunan:

  1. Hak Adat Anak Negeri (NCR) Tanah
  2. Tanah Negeri
  3. Sago Plantation
  4. Aktiviti Pengeluaran Makanan

PENGLIBATAN PIHAK PELITA DALAM PEMBANGUNAN LADANG

PELITA mula-mula terlibat dengan pembangunan ladang di tanah Kerajaan negeri pada tahun 1986 . Sehingga kini, jumlah kasar tanah Kerajaan negeri yang dibangunkan adalah 238,885 hektar.

Selepas itu, pada tahun 1996 PELITA telah diarahkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah NCR dengan projek pertamanya di Kanowit. Setakat ini, anggaran tanah NCR yang telah diluluskan untuk pembangunan telah meningkat kepada 554,523 hektar.

Daripada jumlah 793,408 hektar tanah NCR dan juga tanah Kerajaan negeri, PELITA bersama-sama dengan rakan niaga berjaya mengusahakan 60,813.58 hektar tanah dengan kelapa sawit. PELITA juga mempunyai bahagian dengan dua (2) buah kilang minyak sawit yang boleh menghasilkan lebih 200,000 tan metrik BTS setahun. Tambahan pula, rakan niaga PELITA dalam kedua-dua pembangunan tanah Kerajaan negeri dan juga tanah NCR iaitu sebanyak (41) ladang telahpun matang yang boleh menghasilkan jumlah kapasiti pemprosesan sawit(BTS) lebih daripada satu (1) juta tan setahun.

Selain daripada projek kelapa sawit, PELITA juga turut terlibat dengan industri pengeluaran makanan di atas tanah seluas 845.75 hektar telah dilaksanakan bagi tujuan tersebut. Manakala seluas 15,094 hektar tanah gambut di Mukah secara beransur-ansur sedang dibangunkan untuk perladangan sagu komersial.