Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 21 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Ladang SaguLadang Sagu

Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara pengeluar utama rumbia selepas Indonesia dan Papua New Guinea. Dengan pengiktirafan potensinya sebagai tanaman kanji, Kerajaan Negeri Sarawak telah mempromosikan dan mengembangkan tanaman ini.

Pada tahun 1987 Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan ladang rumbia secara komersial meliputi kawasan Dalat dan Mukah.

Pembangunan ladang rumbia telah dilaksanakan oleh anak syarikat milik PELITA, PELITA Mukah Sebakong Sago Plantation Sdn. Bhd. (PMSSPSB) dan PELITA Dalat Sago Plantation Sdn. Bhd. (PDSPSB).

Setakat ini, kira-kira 5,152 ha telah ditanam dengan pokok rumbia di ladang rumbia PELITA di Mukah, Sebakong dan Dalat.

Ladang rumbia ini telah mula menghasilkan batang rumbia sejak 2004. Pengeluaran tahunan dari kawasan ladang rumbia tersebut ialah sebanyak 5,000 batang rumbia, menyumbang kepada pendapatan tahunan kira-kira RM300,000.00.

Batang rumbia ini juga membantu membekalkan bahan mentah kepada beberapa kilang sagu di daerah Mukah dan Dalat.

Selain menyediakan bahan-bahan mentah dan sumber makanan, pokok rumbia juga bertindak sebagai “carbon sink” yang sangat baik untuk penyerapan karbon bagi mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.